Sunday 6 September 2009



Kejujuran cinta kita

 Jangan pandang kepada kecantikan kerana ianya akan lapuk ditelan usia, jangan kejar kemewahan kerana ianya akan susut ditelan masa. Apa yang kekal hanyalah kecantikan hati seseorang.... Carilah seseorang yang bisa membuatkan kita tersenyum kerana ia cuma memerlukan sekuntum senyuman untuk mencerahkan hari yg suram. Akan tiba satu ketika didalam kehidupan apabila kita teramat rindukan seseorang sehingga kita ingin menggapainya dari mimpi dan memeluknya dengan sebenar...Mimpilah apa yang kita inginkan, pergilah ke mana-mana yg kita ingin tujui dan jadilah apa yg kita inginkan kerana kita hanya memiliki satu kehidupan dan satu peluang untuk melakukan semua perkara yang ingin kita lakukan.... 


 haRum kembanG di taMan keindaHan
wangi cinta kita Semerbak dalam jiwa
TuLus suCi dari Lubuk sanubari ku
rasa baHagia makin Menyesakkan

Rongga daDa buNga cinTa
DaLam hati Ku
dengan PoLosnya ku akui
akU mencintai Mu





Saya amat bersetuju untuk mengatakan bahawa cinta itu sebahagian dari nadi kehidupan, juga tanda bahawa kita masih memiliki hati dan perasaan. Terlalu mustahil untuk kita menanggalkan rasa cinta dari hati kita. Bahkan inilah fitrah insani, tanpa perasaan cinta kita tidak akan mampu menjadi insan hakiki.
Islam tidak pernah menghalang untuk cinta bersemi dijiwa-jiwa kita apatah lagi untuk cinta itu mewarnai helaan nafas kita dengan harapan dan perjuangan. Cinta adalah sesuatu yang menghidupkan jiwa, membangunkan cita serta mengobarkan semangat perjuangan ketika manusia berdepan dengan rimba takut dan hampa, ketika awan keraguan menutup pandangan dan harapan serta ketika jiwa-jiwa terasa kerdil dan hina memandang kehidupan. Cinta adalah cahaya ketika jiwa kegelapan dan suram, pembimbing ketika hati lalai dan leka serta penawar ketika luka-luka kehidupan menjaluri hati dan perasaan.
E-one Seni Warisan

No comments:

Post a Comment